Ramai owner habis duit pada iklan yang dapat like, tapi telefon tak berbunyi. APIL Marketing fokus pada benda yang bayar gaji: mesej, lead dan jualan. Kami ukur sama ada setiap ringgit iklan membawa pulangan, dan lapor dengan jujur.

Bukan sebab Facebook atau TikTok tak berkesan. Selalunya sebab benda kecil yang orang tak perasan.
Boost biasanya dioptimumkan untuk like dan komen. Orang yang suka tekan like belum tentu orang yang nak beli.
Lompat dari RM20 terus ke RM200 sehari selalunya buat kos naik. Kami naikkan berperingkat sambil pantau.
Data jadi bercampur, sistem tak sempat belajar. Kami ubah satu benda pada satu masa dan catat.
"Kualiti terbaik, harga berpatutan" tak beri sebab untuk orang mesej hari ini. Copy yang tepat boleh ubah kos mesej dengan ketara.
Kalau tak tahu mesej datang dari iklan mana, susah nak tahu iklan mana patut diteruskan.
Untuk seller Shopee & TikTok: lepas yuran platform, iklan dan pos, untung sebenar selalunya jauh lebih kecil dari yang disangka.
Iklan yang sihat membesar macam tangga: semak dulu, uji dengan bajet kecil, kemudian besarkan apa yang terbukti jalan. Ini cara kami susun 12 minggu pertama.
Audit akaun, pixel dan pengesanan mesej, kira untung sebenar. Tutup kebocoran dulu sebelum tambah bajet.
Uji 3–5 kreatif dan ayat. Ubah satu benda pada satu masa, catat kos setiap mesej dan jualan.
Naikkan bajet berperingkat pada iklan yang terbukti untung, hentikan yang tidak. Laporan setiap minggu.
Graf ialah ilustrasi susunan kerja, bukan data klien atau ramalan. Keputusan setiap bisnes berbeza; bukan jaminan hasil.
Dari semakan percuma sampai urus penuh. Semua dengan laporan yang owner boleh faham.
Kami jaga iklan anda dari A sampai Z.
Iklan jarang jadi dalam sekali cuba. Ia perlu dipantau, diuji dan diubah dari minggu ke minggu. Pakej ini untuk anda yang nak fokus jalankan bisnes, sementara kami jaga bahagian iklan. Kami pernah urus RM700k+ belanja iklan, 28k+ mesej WhatsApp dan 3k+ lead untuk 12+ bisnes, jadi proses kerjanya dah tersusun.
Rekod lalu, bukan jaminan hasil.
Untuk yang nak jalan iklan sendiri, tapi nak asas yang betul.
Banyak masalah iklan bermula dari asas yang tak kemas: pixel tak betul, struktur bersepah, mesej tak dapat dijejak. Pakej ini bina asas itu sekali, lepas tu anda ambil alih. Tiada bayaran bulanan dan tiada ikatan.
Rekod lalu, bukan jaminan hasil.
Kami tengok akaun iklan anda dan senaraikan apa yang membazir dan apa yang patut diteruskan. Semakan dan cadangan sahaja, bukan jaminan hasil.
Kadang-kadang masalah kecil sahaja tapi susah nampak bila tengok sendiri. Semakan ini cara paling ringan untuk tahu kedudukan akaun anda tanpa komitmen. Ia semakan dan cadangan sahaja, bukan jaminan hasil.
Semakan dan cadangan sahaja, bukan jaminan hasil.
Kami kira untung sebenar kedai anda selepas yuran platform, iklan, kos produk dan pos.
Jualan besar tak semestinya untung besar. Yuran platform, iklan, pembatalan dan pos boleh makan banyak, dan sesetengah seller baru sedar bila dah lambat. Pakej ini bagi anda gambaran untung berdasarkan data yang anda beri, sebelum anda tambah stok atau bajet iklan.
Berdasarkan data yang anda beri. Bukan jaminan hasil.
Sesi 1-ke-1 secara online. Kita bedah iklan dan bisnes anda bersama, dari mana-mana sahaja.
Belajar paling laju bila terus pada akaun anda sendiri, dengan soalan anda sendiri. Anda tak perlu keluar rumah, dan keluar sesi dengan langkah yang jelas untuk dibuat.
Rekod lalu, bukan jaminan hasil.
Sesi 1-ke-1 bersemuka. Duduk semeja, buka laptop, kita susun iklan dan strategi bisnes anda langkah demi langkah.
Ada orang faham lebih cepat bila tengok dan buat terus bersama. Soalan boleh ditanya serta-merta, dan kesilapan boleh dibetulkan di tempat itu juga.
Rekod lalu, bukan jaminan hasil.
Gabungan pelbagai kempen, tempoh dan bisnes berbeza. Nama klien disorok. Rekod lalu, bukan jaminan hasil.
| Objektif | Keputusan | Kos purata | Terbaik |
|---|---|---|---|
| Jualan website | 6,400+ pembelian | ~RM28 / pembelian | ROAS 4.1 |
| Mesej WhatsApp & Messenger | 28k+ mesej | ~RM4.43 / mesej | < RM1 / mesej |
| Lead (borang Facebook) | 3k+ lead | ~RM6.14 / lead | RM4.13 / lead |
| Traffic (klik pautan) | 5,100+ klik | ~RM2.03 / klik | RM1.56 / klik |



































Screenshot sebenar Ads Manager dari akaun yang pernah kami urus. Nama kempen dan klien disorok. Rekod lalu, bukan jaminan hasil.
Fokus semasa: bisnes servis rumah di KL, Selangor & Negeri Sembilan, dan seller online.
Kami kongsi tips iklan setiap hari di Facebook & Threads. Ini antaranya.
Semak Frequency sebelum tambah bajet
Tahu mesej datang dari iklan mana
Contoh ilustrasi: baiki ayat iklan bumbung
Ringkas, telus, ikut angka.
Semak akaun & iklan semasa, cari yang membazir.
Sasaran, tawaran, video & ayat iklan.
Uji beberapa versi dengan bajet terkawal.
Yang berprestasi baik diteruskan, yang tidak dihentikan.
Laporan telus, besarkan bila angka menyokong.
APIL Marketing diketuai Mohd Najmie Basri, graduan Ijazah IT UiTM Kuala Terengganu. Bermula dengan bisnes online sendiri, kini mengurus iklan untuk pelbagai niche. Sebab tu kami faham: owner tak perlukan laporan cantik, owner perlukan duit masuk.
Bisnes servis tempatan (renovasi, bumbung, kabinet, siling, solar, aircond dan lain-lain) serta seller online Shopee/TikTok. Kalau tak pasti, WhatsApp kami dulu.
Bergantung pada niche dan kawasan. Kami cadangkan bajet selepas semak akaun anda, supaya tak membazir.
Minggu pertama biasanya fasa ujian. Kami lapor apa yang berjalan dan apa yang tidak, dan tidak menjanjikan angka tertentu kerana setiap bisnes berbeza.
Setup iklan ialah sekali bayar. Untuk urus bulanan, terma dibincang sebelum mula dan dinyatakan dengan jelas.
Akaun, Page dan data kekal milik anda. Kami diberi akses sebagai rakan kongsi dan boleh dibuang bila-bila masa.
Kami guna akses sub-akaun atau fail export yang anda beri sendiri, tidak minta kata laluan, dapatkan persetujuan bertulis, dan padam data audit dalam 7 hari. Rujuk Dasar Privasi.
WhatsApp kami. Sembang dulu, tiada paksaan.
WhatsApp 011-2802 4812