Dasar Privasi

Dikemas kini: 24 November 2026

APIL Marketing (NJ Empire Resources) ("kami") menghormati privasi anda. Dasar ini menerangkan data peribadi yang kami kumpul melalui laman apilmarketing.com, WhatsApp dan servis kami, cara kami menggunakannya, dan hak anda di bawah Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (PDPA).

1. Data yang kami kumpul

Sumber data: daripada anda sendiri (borang, WhatsApp, pembelian, fail yang anda beri), daripada pelayar anda (kuki/Meta Pixel, jika anda setuju), dan maklumat perniagaan awam seperti di atas. Wajib atau sukarela: penyediaan data adalah sukarela, tetapi tanpa maklumat hubungan atau pembelian yang diperlukan, kami tidak dapat membalas, menghantar ebook atau melaksanakan servis. Laman ini tidak ditujukan kepada kanak-kanak bawah 18 tahun.

2. Tujuan penggunaan

3. Kuki dan Meta Pixel

Laman ini menggunakan Meta Pixel (Meta Platforms) hanya selepas anda menekan "Setuju" pada notis kuki. Jika anda menekan "Tolak", Meta Pixel tidak merekod atau menghantar peristiwa penggunaan laman anda. Jika anda setuju, peristiwa berikut dihantar kepada Meta: paparan halaman (PageView), paparan kandungan (ViewContent), klik butang WhatsApp (Lead) dan klik butang beli ebook (InitiateCheckout), bersama pengecam pelayar dan maklumat peranti. Kami tidak menghantar kandungan perbualan WhatsApp, data audit atau maklumat kewangan anda kepada Meta melalui laman ini. Halaman pembelian ebook di bcl.my mempunyai penjejakan Meta sendiri untuk mengukur pembelian. Anda boleh menukar pilihan dengan memadam data laman (kuki/storan) dalam pelayar anda; notis akan dipaparkan semula. Anda juga boleh mengurus iklan yang dipaparkan melalui tetapan iklan akaun Facebook/Instagram anda. Maklumat lanjut: Dasar Privasi Meta.

4. Perkongsian data

Kami tidak menjual data anda. Data hanya dikongsi dengan pihak yang perlu untuk tujuan di atas:

Sebahagian pihak ini (Meta, Google, Cloudflare) menyimpan atau memproses data di luar Malaysia. Dengan menggunakan laman, WhatsApp atau servis kami, anda faham data anda mungkin dipindahkan ke luar Malaysia untuk tujuan di atas.

5. Tempoh simpanan

6. Hak anda

Anda berhak untuk meminta akses, meminta pembetulan, menarik balik persetujuan, berhenti menerima mesej promosi (balas "STOP"), atau memadam data peribadi anda.

Untuk sebarang permintaan, WhatsApp 011-2802 4812 dengan tajuk "Permintaan Data Peribadi". Kami akan memproses permintaan dalam masa 21 hari.

7. Keselamatan

Kami mengambil langkah munasabah untuk melindungi data anda, termasuk akses terhad dan tidak menyimpan kata laluan pelanggan.

8. Aplikasi APIL BF Tower

Aplikasi dalaman APIL BF Tower (Meta/Threads) hanya digunakan oleh APIL Marketing untuk menjadualkan post dan membaca prestasi Page dan akaun milik kami sendiri. Aplikasi ini tidak mengumpul data pelawat atau pengguna lain. Arahan pemadaman data: WhatsApp 011-2802 4812 dengan tajuk "Padam Data Aplikasi", dan kami akan memadam data berkaitan dalam masa 21 hari.

9. Perubahan dasar

Dasar ini mungkin dikemas kini dari semasa ke semasa. Tarikh kemas kini terkini dinyatakan di bahagian atas halaman ini.

10. Hubungi kami

APIL Marketing (NJ Empire Resources)
WhatsApp: 011-2802 4812
Emel: [email protected]
Laman: apilmarketing.com